Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Cuti2 Malaysia ~ Tanjung Piai Resort

Assalamualaikum..

Dah sebulan blog tak berupdate.. sihat ke semua.. moga sihat hendaknya..

Baru2 ni.. kami bercuti2 ke Johor lagi.. asyik ke utara jerk kan.. kali ni kami ke selatan pulaks..

Plan asal sempena cuti sambutan tahun baru cina.. balik Ipoh pastu kami nak ke Cameron Highlands.. konon nak booking RPP.. tapi masih tak berbayar.. huhuhu.. booking jerk lebih.. mungkin ada hikmahnya..

Sebulan sebelum hari kejadian.. aku dapat jemputan majlis perkahwinan sepupu di Muar.. hmm.. alang2 dah ke Muar.. moleklah kiranya kami bercuti2 di Johor.. batal terus RPP.. tapi nak kemana?

Tahun lepas.. member opis ada ceritakan tempat yang dilawati.. Penghujung Selatan Tanah Besar Asia di Tanjung Piai.. serius aku tak tau akan kewujudan tempat ni.. dan aku tak tahu Johor banyak taman negara yang sangat cantik.. yg aku tahu cuma air terjun Gunung Ledang.. itupun sebab dulu aku pernah ulang alik ke Segamat, Johor.. nampak sangat tak minat geografi.. nampak sangat aku tak kisah akan perkembangan negeri2 di Malaysia.. hahaha.. macam menarik jerk bila member cerita.. waaaaaaa.. hati teruja nak ke sana..

So, alang2 nak ke Selatan.. aku ajak en hubby ke sana.. bawa anak2 menikmati keindahan dan meneroka alam ciptaanNya.. bila lagi kan.. asyik bawak budak2 main jerk.. cer rehatkan minda sket dengan aktiviti riadah macam ni..

Tempat menginap?? mulalah proses google.. mencari tempat penginapan yg sesuai dan berdekatan dengan Tanjung Piai.. aku berkenan dengan Tanjung Piai Resort.. sebab penginapannya di atas laut.. bila lagi nak merasa tidur di atas laut.. ngeh3.. nak tidur atas laut kat PD ni mahal bebenor.. pada asalnya aku nak ambik family room.. ada 2 bilik.. tapi berbelah bagi takut anak2 tak nak tidur bilik asing.. pastu bila aku cerita kat Mira.. dah macam2 dia fikir kalau tidur atas laut.. aduhaiiiii... last2 aku ambik superior room.. berkumpul lah kita yer satu bilik..

pakej penginapan ni termasuk sarapan ya!
aku tempah direct dengan person incharge by whatsapp jerk.. dapat no. tel dari fb Tanjung Piai Resort.. lepas confirm ada kekosongan.. kena bayar 50%  deposit ya..

Selesai mengunjungi majlis perkahwinan sepupu.. kami minta diri utk ke destinasi percutian.. Tanjung Piai!! here we come!! perjalanan yang mengambil masa hampir 3 jam.. maklumlah kami ikut jalan dalam.. kata nak explore Johor.. huhuhuhuhu.. bertabahlah ya.. sakit montot duk lama2 dalam kereta.. seronok juga weiii perjalanan ni.. sebab aku boleh tahu serba sedikit tentang negeri Johor.. dari Muar.. kami akan lalu Batu Pahat.. kemudian Pontian.. macam2 nama Parit yang korang akan jumpa.. banyak siot.. suasana pemandangan kampung..

Sampai di Pontian.. ingat nak singgah minum petang di Warung Pak Lias.. pekena ketupat dan rendang.. tapi almalangnya kedai tutup daaaaa... otw nak balik pun kami singgah.. tapi dikhabarkan kedai dah berpindah.. aku pun tak ingat.. nak mencari tu memang taklah.. hari pun dah lewat nak balik semula ke Putrajaya..

Nak singgah minum kat mana2 warung asyik terlepas dan ada yg tak berkenan.. kononnya nak pekena pisang goreng cicah sambal kicap.. huhuhuhu.. nan ado.. last2 kami meneruskan misi cari jerk tanjung piai resort..

Bila dah sampai Kukup.. startlah guna Waze nak cari Tanjung Piai Resort.. jalan punya jalan.. ngoknya Waze.. ko bawak kami ikut jalan yg betul2 adventure.. fuhhh.. nak sangat adventure kan.. haaa.. hambek ko! giler sempit punya jalan.. nasib baik kereta tak terjunam ke dalam parit... ngeri tul.. walhal ada jerk jalan besar nak ke resort.. so, jangan percaya ngan Waze kalau dah lain macam jerk hala tujunya.. baik ko patah balik cari jalan yg lebih selamat.. itupun kalau boleh patah balik... uwaaaaaaaa...

akhirnya sampai jua kami di sini setelah menempuhi perjalanan yg agak mencabar sebentar tadi.. 

parking kereta kat luar ya.. so, korang kena menapak sket utk ke resort.. akan lalu parit ni dulu..

pemandangan resort.. masa ni air laut tengah surut.. 

gambar diambil sehari kemudian.. waktu ni air laut tengah naik..

kena menapak sket lagi.. kalau beg berat tu sabarlah yerk..

kelihatan bot2 nelayan tersadai di jeti.. 
gambar di ambil sebelum dan selepas air laut pasang surut..

ok dah sampai ke pintu masuk resort..

ni lah family room.. next time kalau datang lagi.. aku nak stay kat sini laks..

ni lah rumah yg kami duduk.. superior room kat tingkat atas.. tingkat bawah tu standard room..

pemandangan dalam bilik.. just nice.. yg penting kami anak beranak selesa.. semua dapat tidur atas katil.. boleh muat lagi ni satu family..

Lepas check-in.. kami rehat sebentar di resort.. asalnya nak mandi bagai.. tup2.. air tak ada daaa.. lagi sejam katanya.. Allah.. so, aku dengan dress lawa2 baru balik kenduri.. terpaksalah tukar baju nak gi jalan2 sekitar resort ni.. nanti rasa pelikslah kalau jalan2 ngan dress lawo tu.. kang orang ingat nak photoshoot pulaks.. hahahhaa.. masa check-in pun orang pandang semacam jerk.. apa?? pakai dress lawa tak boleh nak datang sini ka?? hahahhaha...

pemandangan di luar bilik kami.. kelihatan kapal2 besar berlabuh.. di seberang sana juga kelihatan bandar Tuas, Singapura..

Amiera sibuk menanya di mana Singapura..

anak beranak kekeringan idea.. macam mana nak memancing..

fateh sempoi..

Kemudian kami jjcm.. ingat nak gi dinner kat Restoran Mandela Tomyam Seafood.. tapi en hubby dah kepenatan.. tak larat nak mencari.. so, kami makan di kawasan yg tak jauh dari resort.. actually kat resort pun boleh makan.. harga pun berbaloi jugak.. takdelah taraf hotel harganya.. tapi sebab dah keluar dari resort.. takkan nak patah balik makan kat resort.. so, singgah jerlah restoran kat tepi jalan.. macam menarik..

Restoran Johor Riau.. cantik tempat ni..

sotong celup tepung.. peberet Amiera.. siap tapau lagi satu set bawak balik makan kat resort..

sambal udang.. pun mabeles.. fresh ok seafood kat sini..

asalnya nak order tomyam putih.. tapi diorang tak buat.. so, orderlah sup campur.. macam2 ko ada dalam sup tu.. meriah sungguh!!

aku lupa dah nama menu ni.. konon nak ubah selera.. bila sampai macam sayur campur jerk.. makan jerlah..

Overall makan kat sini.. bolehlah sedap.. kuantiti makanan dia mmg banyak.. terkejut jugak aku masa diorang hidang.. mamposlah kalau kena 200++.. nasib baik kena dalam rm100.. termasuk air buah2an bagai.. oklah kan.. lain kali kalau menginap di resort aku nak dinner kat resort tu pulaks.. nak rasa kesedapan makanan laut di resort sambil menikmati angin laut.. phewwww...

Lepas makan.. kami berehat dulu.. dalam pukul 9 baru kami keluar menikmati keindahan malam di resort.. memang nyaman.. tenang.. seronok sangat duk kat resort.. malam tu kami minum air panas di kafe resort sambil menonton tv disulami angin2 laut yg singgah dipipi kami.. cewahhh.. nak bermadah lah pulaks.. ni kalau karyawan memang bagus sangat duk kat sini.. macam2 idea datang.. tapi diganggu oleh budak kecik yg tak duk diam.. so, aku tak boleh lama.. pukul 10.30 dah naik ke atas.. budak kenit ni sangat bahaya suka lari sana sini..

sorry gambar tak berapa nak cantik.. aku malas nak bawak kamera..

fateh yang sangat teruja nak memancing.. oh ya.. alat memancing ni boleh di sewa dengan harga RM25.. siap dengan umpan.. kalau nak beli umpan lagi caj rm5 sajork..

aktiviti memancing diteruskan selepas balik dari jelajah Taman Negara Tanjung Piai..

ni lah budak kecik yang tak duduk diam tu.. eiiii.. gigit kang!

Nantikan kisah cuti2 kami di Taman Negara Tanjung Piai..
see ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah