Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Hari Kejatuhan Result UPSR

Assalamualaikum..

Pe kabar semua? sihat ka.. sorrylah lama dah tak update.. iols sibuk ya.. tak habis2 ngan coding.. ni pun boleh relax sat sebab tgh tunggu pengesahan spesifikasi sistem.. kalau tak tu.. mmg susah nak berganjak dari kerusi ni.. kalau boleh nak melekat jerk depan pc nak kasi perabih cepat.. waktu rehat pun tak menentu..

Oh ya.. esok last day hari persekolahan bagi tahun ni.. murid2 Tahun 6 masing2 sebak untuk meninggalkan sekolah, guru2 dan kawan2.. 6 tahun mereka bersama.. berjuang demi mencapai kejayaan.. hari ni diorang bersuka ria..

waaa... seronoknya diorang.. dapat tgk wayang, makan aiskrim ramai2.. terbaik cikgu2 Tahun 6..

 satu panggung diorang punya.. waaahhh.. untonglah budak2 zaman sekarang ni..

Dah seminggu exam result keluar.. walaupun Amiera tidaklah cemerlang seperti budak2 top di first class.. sekurang2nya ada improvement berbanding exam percubaan.. alhamdulillah..

Meh nak cerita hari yang dinantikan.. hari yang penuh debaran.. terutama buat anak2.. mak pak pun tak terkecuali debarnya.. Pukul 10 lebih aku ke sekolah.. tapi sebelum tu aku dah send sms utk dapatkan result Amiera.. tak naklah aku debar2 nunggu cikgu announce..

Sampai di sekolah.. semua murid sedang menanti dengan penuh debaran.. taklimat ringkas diberikan oleh guru.. masa aku sampai tu.. aku ada dengar tentang kejatuhan peratus gred sekolah.. bahkan seluruh Malaysia.. amboi.. dasyat!! risau dah ni.. (time tu aku tak tau lagi result Amiera).. dalam hati aku ni... kalau satu Malaysia down.. apatah lagi anak aku yang berada dalam golongan pertengahan.. risau gagal beb!!

Kami semua dimaklumkan oleh guru yang memberi taklimat.. di Putrajaya hanya seramai 38 orang sahaja yang mencapai straight A.. pergh.. giler sikit!! dan di sekolah Amiera hanya 2 orang sahaja yang mendapat straight A.. giler kentang!! memang miracle lah kalau Amiera tergolong dalam kumpulan tu... kwang3.. apa kes?? apa teruk sangat result UPSR tahun ni!!

pic credit to bharian.com.my

Debaran semakin terasa.. slip keputusan telah pun tiba.. para pelajar sangat gusar menanti keputusan terutamanya pelajar2 top dari first class.. yerlah kalau dah pelajar top mestilah target diorang 6A..

saat-saat yg penuh debaran..

2 orang pelajar straight A telah diumumkan.. semestinya mak ayah bangga dengan pencapaian anak2 mereka.. kemudian slip seterusnya diberi mengikut bilangan A dari tertinggi ke terendah sehingga habis semua slip.. baguslah sekolah ni memang diorang bagi kepada semua pelajar.. sepanjang proses pemberian slip ni.. aku telah tahu result Amiera.. alhamdulillah.. amiera lulus semua subjek.. aku redha dengan keputusan ni sebab ianya kejatuhan satu Malaysia.. aku bangga dengan Amiera kerana ada peningkatan berbanding trial exam..

Bermacam-macam adegan.. macam drama pulaks aku nengok.. sedih rasa bila anak2 yang baru berusia 12 tahun terpaksa menghadapi tekanan yang sangat teruk pada waktu itu.. majoriti pelajar terutamanya student first class (kenapa aku asyik sebut first class?? sebabnya guru besar terlalu fokus dengan first class.. macamlah kelas lain takde value langsung!!.. tu cerita lain.. maleh aku nak cerita).. sorang demi sorang menangis bila mendapat keputusan.. menangis di ribaan ibu.. uwaaa... aku pulaks jadi sensitif.. sedih siot adegan tu.. yeah!! mungkin diorang target tinggi.. tapi keputusan sebenar jauh lebih rendah berbanding trial exam..

Ada juga aku tengok budak2 nangis sebelum nama diumumkan.. seolah2 tahu akan keputusan yang sangat teruk bakal diterima kerana calon2 yang mendapat A telah selesai diumumkan.. aku kenal budak tu.. rakan sekelas dengan Amiera.. pernah jadi pelanggan brownies aku.. tetiba.. hahaha..

So, hari tu aku declare.. hari men-DOWN-kan budak2 UPSR.. mental diorang terkesan dgn keputusan yang tidak memberangsangkan.. dan mengambil masa agak lama untuk dipulihkan..

Semua sedia maklum.. selepas keputusan diumumkan.. ramai ibu bapa tidak berpuas hati dengan LPM.. macam2 spekulasi mengenai gred pemarkahan di viralkan.. kesahihannya wallahualam.. kalau benar memang sakitlah budak2.. kesian kat budak2.. kalau budak cemerlang terasa impaknya apatah lagi budak yang biasa2.. sian diorang.. kecik2 dah terpaksa memikul beban tekanan..

Selang beberapa hari selepas itu.. pihak kementerian pelajaran mengumumkan gred minimum utk kemasukan ke SBP adalah 3A 3B.. tidak terkecuali pihak MARA juga turut mengumumkan.. so.. legalah ibu bapa.. adalah peluang untuk anak2 ke boarding school.. tapi pada aku.. walaupun gred minimum diumumkan.. kejatuhan tersebut akan kekal di atas sehelai kertas yg akan dibawa sepanjang hidup.. apalah salahnya kalau pihak LPM menurunkan graf supaya lebih ramai pelajar yang mendapat straight A dan mendapat keputusan yang cantik di slip keputusan berkenaan..

Bila syarat minimum diumumkan.. seolah2 pada aku.. gred minimum tersebut dah sama level dengan prestasi 5A tahun2 sebelum.. kenapa?? sebab KBAT tidak dilaksanakan pada tahun2 yang lepas.. agree?? hehehe.. itu sekadar pandangan aku sebagai ibu bapa yang sangat kasihan dengan prestasi yang jatuh merudum pada tahun ini...

Apa yang KPM dan LPM nak cari sebenarnya.. kalau ya.. hanya 4896 jumlah calon yang dapat straight A.. yeah memang hebat!! tapi ke mana hala tuju mereka ini.. nak jadi apa?? kalau setakat masuk SBP dan MRSM kalau layak lah.. tetap sama dengan pelajar2 yang dapat 3A3B.. pada pendapat aku.. memandangkan jumlah yang hanya 1.11% ini.. alangkah bagusnya sekiranya pihak kerajaan dengan kerjasama badan2 korporat memperuntukkan sejumlah wang supaya dapat menghasilkan golongan yang superb, kreatif dan inovatif dalam usaha menjadi perintis kepada sesuatu yang dapat menyumbang kepada seluruh rakyat Malaysia amnya.. contohnya.. menghasilkan ciptaan atau penawar bagi penyakit yang tidak dapat diubati dewasa ini.. kerana dalam Al-Quran sendiri ada tertulis.. tidak ada penyakit yang tak boleh diubati kecuali mati.. tu contoh ok.. kenapa aku berfikir ke arah itu.. kerana mereka adalah pelajar2 terhebat yang lahir dari KBAT.. mungkin banyak lagi yang boleh dihasilkan.. kan ramai cerdik pandai kat Malaysia ni dalam memberi idea yg bernas.. aku ni sapa.. programmer cabuk jerk..

Itu sahaja luahan dan sekadar pandangan aku sebagai seorang ibu yang mempunyai anak2 yang bakal mengharungi pelbagai ujian getir dalam sistem pendidikan berasaskan peperiksaan.

See ya.. peace no war!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah