Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Resepi Mudah Muffin Nutella Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum..

Cuti baru2 ni.. saja nak cuba try test buat muffin guna pemanggang ajaib.. jumpa resepi kat fb.. resepi yang paling simple muffin nutella.. nak buat pun senang.. so, membakinglah aku kejap utk juadah minum petang.. tapi aku ngan anak2 jerk yang makan.. en hubby kureng menda manis2 ni..

Meh aku share resepi.. resepi ni aku dah bahagi dua.. sebab nak cuba dulu kan.. tak nak ikut resepi asal takut banyak pulak.. kalau tak jadi kan rugi..

Bahan2:

1/2 cawan nutella
1 biji telur
5 sudu besar tepung naik sendiri

Cara2:

1. Panaskan pemanggang ajaib guna api sederhana
2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk berisi nutella.. gaul rata..
3. Masukkan tepung.. gaul sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam paper cup dan letak di dalam loyang..


5. Tabur choc chip kalau suka.. aku buat 2 versi..
6. Kecilkan api dan masukkan loyang ke dalam pemanggang ajaib.
7. Bakar selama 20-30 minit.. minit ke 20 buka pemanggang ajaib dan cucuk muffin dengan garfu.. kalau tak de yang melekat maknanya dah masak laa.. kalau tak sambung bakar sampai masak..

tadaaa.. dah siap..

org pertama yg akan hadap hasil masakan aku... ngeeeee..

Overall.. rasa not bad.. choc muffin lagi sedap kot..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah