Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Keputusan UPKK Amiera

Assalamualaikum..

Selasa baru2 ni baru terima sijil keputusan peperiksaan UPKK Amiera..

Sejak diumumkan oleh JAKIM pada 15 Jan 2015.. aku yang lebih berdebar2 dari anak eh.. uwaaaaaaa... dia boleh relax jerk.. aduhhh.. Amiera.. Amiera..

Tak putus2 aku dok ber-whatsApp dengan ustazah sekolah nak tahu bila result akan dikeluarkan pulak oleh pihak Jais.. oh ya.. walaupun Amiera sekolah di Putrajaya.. tapi dia ambil exam tu di Selangor sebab sekolah Kafa dia berdaftar dengan JAIS..

Dan bila dapat tahu result akan keluar pada hari Selasa.. cepat2 aku mintak ustazah snap terus.. penantian satu penyiksaan.. hahahhahaha...

Alhamdulillah.. walaupun taklah begitu cemerlang tapi bolehlah dibanggakan.. walaupun tak mencapai target aku.. tapi nak buat macam mana.. itu dah rezeki Amiera.. dah ketentuanNya.. walaupun ada yang tak logik pada result tu.. apa pun aku terima dengan redha.. tahniah sayang.. hadiah yang dijanjikan pun dah dapat..

Lagipun rasanya berbaloi juga usaha aku yang tak sampai sebulan memantau Amiera buat ulangkaji..  kalau aku tak ambik kesah.. rasanya dapat 3A jerk kot..

 Subjek Ulum Syariah yang Amiera kata senang boleh dapat B.. tapi subjek Bahasa Arab memang susah giler katanya boleh dapat A.. apa pun keputusan adalah muktamad..

Tahniah juga buat anak abang aku dan anak kawan2 aku yang dapat 8A.. kesemuanya lelaki..

majoriti budak lelaki yang dapat 8A..

Tahun ni.. nak menghadapi 2 exam besar.. UPSR (6 subjek) dan UPSRA (7 subjek).. pengsan aku.. oh ya.. tahun ni Amiera akan menduduki exam KAFA/SRA di Wilayah.. bukan di Selangor (PSRA) lagi sebab ada masalah yang tidak dapat dielakkan.. ada juga niat nak suruh Amiera ambik PSRA cuma ada sedikit masalah semasa UPKK.. so terpaksa aku batalkan niat tu..

Doakan supaya dipermudahkan Amiera untuk menjawab soalan2 exam berkenaan dan cemerlang dunia dan akhirat.. Aminnn...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah