Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Exam UPKK Day 3 ~ Sirah dan Jawi Khat ~ Contoh Soalan UPKK

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. hari ni dah hari ke-3 Amiera menduduki exam UPKK.. hari ni ada exam Jawi Khat dan Sirah.. nampak macam senang kan.. tapi agak mencabar jugak sebenarnya..

Berdasarkan soalan tahun2 lepas.. pada aku banyak yang senang dari susah.. subjek Sirah kena banyak membaca.. subjek Jawi Khat tu anak2 kena tahu mengeja jawi.. kalau tak memang masak..

Alhamdulillah.. berkat Amiera belajar di MAFIST.. Amiera boleh menulis jawi.. cuma kadang2 tu ejaan tak sepertimana yang dikehendaki.. itu yang buat aku risau.. cuma tang Khat tu.. Amiera tak berapa terror lagi nak menghasilkan khat yang cantik.. ada beberapa jenis khat ya.. khat Thuluth, khat Nasakh dan khat Riq'ah.. aku pun dah  hafal.. huhuhuuu.. 
Khat Thuluth
Khat Nasakh 
khat Riq'ah

all pic credit to google..

Soalan berkaitan dengan Jawi Khat ni terbahagi kepada dua.. ada Bahagian A (Jawi - 70 markah) dan Bahagian B (Khat - 30 markah).. 

Dalam Bahagian A, ada soalan objektif dan subjektif.. ada soalan berkaitan dengan tanda bacaan seperti ("",?,!,.,:..), ada soalan suruh susun ayat, ada soalan suruh terjemahkan ke tulisan Rumi, ada soalan suruh tulis jawi dan ada soalan berdasarkan petikan.. 

Dalam Bahagian B pula, ada soalan suruh nyatakan jenis khat berdasarkan tulisan khat yang dinyatakan.. dan ada soalan suruh tulis semula khat..

 Rumusan di atas ni berdasarkan contoh soalan tahun2 lepas.. hopefully dapat membantu..

Aku dah inform siap2 ngan Amiera.. kalau boleh aku nak dia dapat full mark kat bahagian A... sebab bahagian B tu kena ada seni khat yang bagus utk dapat full mark.. hahahhaha.. suka2 hati aku jerk kan.. pengsan Amiera.. terkulat2 dia nak jawab exam..

Bagi subjek Sirah pulak, pun ada 2 bahagian.. Bahagian A (40 markah) dan B (60 markah).. soalan berbentuk objektif dan subjektif.. ada soalan berdasarkan petikan, ada soalan isi tempat kosong, ada soalan padankan, ada soalan suruh tanda / atau X..

Apa pun ingat ya.. kena banyak membaca dan hafal kalau nak cemerlang dalam Sirah.. kena tahu kisah hidup Nabi Muhammad.. ketika baginda dilahirkan.. ketika baginda berniaga di Syam.. ketika baginda berkahwin dengan Siti Khadijah bt Khuwailid, ketika baginda menerima wahyu yang pertama di Gua Hira', ketika baginda mula menyebarkan dakwah Islam di Mekkah dan tentangan yang diterima dari kaum Quraisy, ketika baginda berdukacita, ketika baginda berhijrah ke Madinah dan menyebarkan dakwah Islam di Madinah, ketika berlakunya beberapa peperangan selepas tahun Hijrah, ketika baginda wafat dan perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah yang pertama.. amacam boleh??

Berdasarkan soalan2 tahun lepas.. Amiera aku nampak dia boleh buat... cuma yerlah.. soalan2 tu mungkin tak sama dengan tahun2 lepas.. 

Yang penting kita dah usaha yang terbaik.. dan Amiera pun dah tahu format kertas peperiksaan, bentuk soalan dan contoh2 soalan..  

Yang lain.. sebagai ibu aku hanya mampu berdoa supaya dipermudahkan Amiera untuk menjawab soalan peperiksaan, diterangkan hati, ditajamkan minda dan diberi ketetapan hati untuk memilih jawapan yang terbaik.. 

Selebihnya.. aku bertawakal kepada Allah dalam menentukan segala2nya..

Lain2 N3 UPKK :
persediaan-peperiksaan-upkk-2015
exam-upkk-day1-day2-b.Arab-dan-ulum-syariah
exam-upkk-last-day-adab-akhlak-islamiyah 

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah