Posts

Showing posts from May, 2013

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Berangan!

Image
Assalamualaikum.. Apa itu berangan?? 'Haa.. takdo kojo lain.. berangan ek kojo kau.. '.. sergah mak Jeman.. - Di sini perkataan berangan menjerumus kepada seseorang yang suka berkhayal untuk memiliki / mendapatkan sesuatu yang belum pasti akan diperolehi... tapi ada bagusnya bila kita berangan ni.. dari berangan lah kita akan memotivasi diri untuk mencapai apa yang kita angankan.. gud job pada yang suka berangan! tapi ingat.. jangan berangan sekadar di awang2an.. langsung tak kesampaian.. kena ada usaha, doa dan bertawakal.. insyaAllah.. Ni salah satu contoh orang yang suka berangan..   kui3.. kalau tahu dek Amiera.. maun jerk dia menjerit marahkan aku... huhuuhuu.. dah macam kepala patung yg pakai tudung pun yo ha... T    E    T    A    P    I Bukan ini yang aku maksudkan untuk topik hari ni.. (pls scroll down) J E

Aktiviti Cuti Sekolah

Image
Assalamualaikum.. Salam pagi Isnin.. Cuti hari wesak tempohari.. abang aku bawak Amiera dan sepupu2 pi jalan2 sempena cuti sekolah.. asalnya nak ke Pahang.. tapi cancel sebab abang aku ada kursus masa cuti sekolah ni.. nasib baik tak jadi.. huhuhuhu.. risau ok Amiera berjauhan ngan aku.. So, malam sebelum pergi tu.. kami berkemas laa.. sambil mengemas sambil gaduh2 sayang ngan Amiera.. standardlah tu.. ada aja yg tak kena nya.. Selesai mengemas.. aku pi sidai baju.. masa tu dia hulurkan sekeping kad.. aitttt.. macam ku kenal kad ni.. memang dah lama dia buat kad ni.. dan masih aku ingat lagi.. katanya nak bagi aku baca masa hari wesak..   kreatip anak aku ni.. keje yg dia buat kat opis aku masa cuti hari mengundi dulu..   sodih tau baca surat ni.. huhuhuuhhu.. nanges2 aku dibuatnya.. So, esoknya.. seperti yang dijanjikan.. abang aku ambil diorang.. diorang stay rumah abang aku utk semalam.. so, kiranya percutian 2 hari 1 malam.. huhuhuhuh... Program pada hari per

Percubaan Magic Meal Ayam Kicap Berempah Maggi

Image
Assalamualaikum.. Kebetulan aku malas nak masak last week.. tak tau biler.. cari punya cari apa yg boleh dimasak.. teringat mak aku ada bagi sample perencah Maggi.. aku tak tau mana dia dapat sample ni.. ni resepi baru kottt... so gigihlah aku mencubanya...   tasty or not.. lets masak!   wah.. gempaknya ayem2 itew..   perencah dalam bentuk serbuk.. Caranya? Uols just sediakan ayam ikut apa yg dicadangkan.. aku takdelah letak banyak pun.. agak2lah kan berapa orang yang nak makan..  Then potong bawang.. it depends pada citarasa masing2.. kalau suka makan bawang banyak2.. letak berbuku2 pun bukannya ada orang kisah! Oh satu lagi.. masukkan 50ml air ok.. Lepas tu masukkan ke dalam plastik yang diorang sediakan.. jangan pulaks korang pi ambik plastik yang pi pasar tu.. macam2 bau ada.. huhuhhuu... itu dah kira resepi ciptaan sendiri.. kwang2.. dan akhir sekali ikat ler plastik tu .. kang tak pasal2 tumpah laks kan.. apa?? takde tali?? nak pakai riben.. aga

Wordless Wednesday : Fareeda in d' gobox..

Image
  need more space?? ur just let go them??

Hasil Menabung Ver. 2

Image
Kisah si Amiera.. bulan April aritu baru jerk dia beli mainan check-out hasil dia menabung setiap hari.. Selepas tu dia semakin rajin menyimpan.. baru sebulan setengah dah dapat rm100.. hmmm... aku pun tak tau camna dia menyimpan.. aku bagi dia sehari rm4.. nak kata dia tak berbelanja.. hari2 makan nasi/mee goreng.. beli buah bagai.. kadang2 beli burger.. tapi kat sekolah agama aku bekalkan roti siap2.. cuma aku dah pesan kalau nak beli apa2.. beli jerk.. tak yah nak nyimpan duit sangat.. Setelah genap rm100.. dia nak beli lagi mainan..asalnya dia nak mainan masak memasak.. tapi harga mahal nak mampos.. tak sesuai ok! lagipun aku dah pernah belikan mainan memasak masa birthday dia tahun lepas.. Last2 kami pergi kedai mainan kat kajang.. bila aku tunjuk buaian tu.. terus dia berkenan.. harga pun memang ngam2.. actually buaian tu dah ada orang booking tapi tak jadi.. rezeki ko ler Amiera..   tak sesuai sebenarnya ngan Amiera sebab ni buaian budak2 tadika.. huhuhuu.. dah dia na

Majlis Aqiqah Twins..

Image
Assalamualaikum.. Minggu ni agak kebzan sket.. ada training..so, masa rehat ni blehlah nak update sket.. Sabtu lepas.. kami ke Klang.. ada majlis Aqiqah & Cukur Jambul anak kembar sepupu en hubby.. Kami sampai agak lewat.. majlis nak habis dah pun.. tgk gambar yg sangat sweet ni ya..   huhuhu.. aku dah plan baik punya salah satu nama tu for future baby.. **verangan jerk aku ni kannnn...** ..takpe.. aku nak jugaks nama tu..    twins.. sama tapi tak serupa..   set buaian.. cam nak kawen laks.. but i like..   close up buaian..   fateh ni kannn.. mama babab kang.. cer serius sket..   blogger harus enteprem jugaks..

Blog Programmer

Image
Semalam aku cuba buat blog programmer menggunakan blogspot.. sebab nak test untuk guna domain name hat opis punya.. aku design guna template free sajork.. nak design sendiri aku tak terror.. Tujuan blog ni nak menyimpan contoh2 coding sebagai rujukan kepada programmer baru mahupun sedia ada.. ikut kepada kreativiti post yang prog sini nak submit.. So, draf blog yang aku buat tu bukannya finalise laaa... lagipun aku guna username aku.. so, bila nak buat betul2 nanti.. kena create tapak baru menggunakan username lain.. guys.. sapa mau buat??

CIC Progress Report

Image
Semalam dapat msg dari fb CIC.. laporan kemajuan Fateh dah dimasukkan ke dalam sistem.. Laporan ni utk bulan Jan - Feb.. agak lambat sket utk diorang upload ke sistem.. suppose bulan Mar/Apr.. itu pun aku dapat tau dari opismate.. bila aku check kat web still takde.. bila aku sms fb CIC baru diorang upload kan.. huhuhu.. hope next progress diorang upload sebelum parents request.. bukannya apa.. walaupun Fateh masih 4 tahun.. tapi sekurang2nya aku nak tau gaks macam mana keadaan dia di sekolah.. adakah boleh follow atau sebaliknya.. ni dah masuk bulan Mei.. memang nampak perubahan.. dah boleh kenal huruf bagai.. cuma membaca tu tak lah kan.. agak2 laa..   ada ruangan untuk parents monitor anak2 disediakan dalam web.. parents boleh semak prestasi anak2 etc..   ni pg depan progress Fateh.. ada 13 subjek yg dinilai.. overall.. markah 2-4.. oklah.. memang tak harap tinggi2 pun sebab dia belum cukup 4 tahun lagi.. huhuhu.. bila dapat markah 4 tu aiitt.. terkejut rasanya.. hope p

Puisi ~ Wanita Neraka

Image
Assalamualaikum.. Pejam celik pejam celik.. aku dah ada 24 koleksi puisi.. waaaaa... cam tak cayo yo haa... clap..clap.. clap.. untuk diri sendiri.. walaupun puisi2 aku ni takdelah sehebat sasterawan negara khannnnnnnnn... untuk melengkapkan Jubli Perak.. ni koleksi terbaru..

Senarai Barisan Kabinet Penggal 2013 - 2018

PERDANA MENTERI: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK (UMNO) TIMBALAN PERDANA MENTERI: TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO) JABATAN PERDANA MENTERI: MENTERI: (1) DATUK SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO) (2) DATUK SERI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUAT KUASA 5 JUN 2013) (3) SENATOR DATUK SERI IDRIS JALA (SENATOR) (4) TAN SRI JOSEPH KURUP (PBRS) (5) DATUK SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO) (6) NANCY BINTI SHUKRI (PBB) (7) DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS) (8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR) TIMBALAN MENTERI: (1) DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO) (2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR) KEMENTERIAN KEWANGAN: (1) MENTERI KEWANGAN I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO) (2) MENTERI KEWANGAN II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO) (3) TIMBALAN MENTERI: DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO) KEMENTERIAN PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI: (1) MENTERI I: TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSI

JJCM : Projek Ber-6 @ Warung Bunian

Image
Alhamdulillah.. Lunch tadi kami ber-6 pergi ke Restoran Bunian aka Restoran Tapak Sulaiman di area Sg Merab Kajang.. spesifik tempat Kampung Desa Putra.. tq Mrs.K atas info.. restoran yang dah famous dan pernah keluar JJCM.. Nak makan kat sini kena buat tempahan awal2 ya adik2.. kakak2.. abang2.. tak bleh nak walk-in.. nanti takde tempat dan 'lauk dah habis kak/bang' bakal didengar.. so, call dulu kay..   SILA CONTACT ALANG @ 017-3812246 WAKTU OPERASI :  CUTI UMUM LUNCH OFF BREAKFAST : 7.00 am - 10.00 am LUNCH  : 12.30 pm - 2.30 pm / selagi makanan masih ada Perjalanan kami yang berpengkalan di Kompleks Pejabat Kerajaan Putrajaya ni memakan masa tak sampai 10 minit.. dokek yo!

Minggu Exam & Doa untuk Anak

Image
Assalamualaikum.. Sekolah agama Amiera dah start exam semalam.. Sabtu, Ahad dan hari2 sehingga habis exam adalah hari aku dan Amiera bergaduh.. kwang3.. bukan senang ok nak ajar anak sendiri ni.. nak2 pulaks bila aku suh dia hafal.. haaa.. cabaran ok.. cabaran.. kadang2 bukan Amiera yang hafal.. aku yang hafal.. huhuhhu.. anak yg nak ambik exam ke maknya ni.. aduiiii.. tensi ok! tapi tension2 pun aku tetap ngadap dia.. buat2 merajuk pun ada... hahahhahaha.. ni semua gara2 nak suh dia faham dan ingat.. Alhamdulillah.. semalam dah lepas subjek Tajwid dan Feqah.. tak tau camna resultnya.. harap2 lulus cemerlang lahh.. risau beb.. dan malam semalam sampai kul 11 kami buat bising dalam bilik.. kelakar ok! kejap2 nak minum airlah.. kejap2 nak pi toilet laa.. ada jerk alasannya.. aku yang dari awal duk dalam bilik tak gerak2 bleh naik angin ok! mula2 baca sket subjek Tauhid (exam hari Rabu ni).. pastu baru ulang balik Akhlak dan Bahasa Arab yang dah dibaca hari Ahad lepas.. tu pun dia d

Bila Fateh main game..

Image
Fateh ni memang pantang kalau kakak dia melekat depan PC.. dia pun sibuk jerk nak ngadap.. ngadap apa lagi.. main game laaa... haaaii.. anak teruna ni.. kalau kakak dia tengah main.. dia dok ngendeng2 tengok.. akak dia berbesar hati adik dok sebelah.. tapi kalau time dia tengah main.. haaa.. dihalau akak dia.. tak boleh duk sebelah.. tension akak dia.. bila tak reti nak tekan sana sini.. tau pulaks sibuk cari akak dia.. kalau tak layan.. hmmm.. satu apartment leh dengar suara dia.. huhuhuhuhu...   tangan tak lepas tu pegang keyboard.. macam pro!

Wallet Amiera

Image
Jumaat lepas.. Jalan2 kat bawah opis aku ni.. ada jualan2.. ternampak orang jual wallet ngan handbag.. tiba2 teringat kat Amiera.. dia kan tengah hobi mengumpul duit.. ntah nak buat apa pun aku tak tau.. nak beli checkout dah dapat dah.. tak kisahlah.. yang penting niat dia nak menabung tu ada.. biar dia pandai berjimat cermat dalam berbelanja.. jangan jadi cam omak eh yang pemboros ni.. Kisah dia menabung ni.. dia simpan duit2 dia tu bukan dalam tabung ok.. tabung2 dah penuh ngan duit syiling.. diam2 dia ambik wallet lama aku.. kat situlah dia simpan duit2 dia.. sian pulaks aku nengok.. dahlah wallet tu besar.. lebam2 laks tu.. tak sesuwaiiii ok... zaman bila punya wallet pun aku tak tau.. So, aku belikan lah yang kecik sket.. sesuai ngan orangnya..   boleh pulaks dia kata takut tengok wallet ni.. sabar jerlah..

Selamat Hari Ibu

Image
Assalamualaikum.. Terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu.. jasa dan pengorbanan anda semua untuk keluarga tersayang tidak ternilai harganya.. semoga Allah merahmati dan memberikan kita semua kekuatan selama kita bergelar ibu/umi/mak/mama/mummy/bonda atau apa sahaja gelaran.. Ya.. aku memang tak pernah menyambutnya.. aku cuma tau bila ada iklan jual product or present sempena hari ibu kat internet.. aku memang tak tau bila exactly tarikh hari ibu.. yang aku ingat.. 16 Mei adalah hari guru.. huhuuuhu.. Dan satu kejutan buat aku.. memang aku tak aspect pun.. yer laaa.. sebab aku tak pernah celebrate kan.. so, memang tak ambik kisah pun.. Kisahnya petang Jumaat lepas.. aku balik2 jerk.. tengok atas meja ada bunga plastik.. bunga kat pasu aku tu.. pesal pulaks duk atas meja ni.. sapa pulaks yg main ni.. tengok dekat2.. lor ada kad rupanya.. kad apa pulaks.. confuse aku.. buka jerk.. lor.. kad hari ibu rupanya.. so sweet ok!!  

Produk Kecantikan

Image
Assalamualaikum.. Sihat semua?? since semalam aku sakit kepala.. dah telan ubat tahan sakit.. tapi still tak ok.. mata aku jadi bengkak adalah.. so, pagi2 ni lepas breakfast aku telan jerk ponstan.. ubat yang memang serasi ngan aku.. tapi nak betul2 hilang sakitnya aku kena tidur.. tapi kat opis ni susah sket nak tidur kan.. kalau dah tak tahan karang ke surau lah aku.. dapat tidur sekejap pun jadiklah nak hilangkan sakit kepala.. sakit kepala ni nak buat apa pun tak boleh.. nak suh pikir coding memang tak bolehlah.. semakin sakit jawabnya.. Berbalik pada tajuk hari ni.. produk kecantikan.. tiba2 timbul idea nak buat n3 pasal produk kecantikan.. sebab ada opismate jual produk ni.. not bad gaks..  Zaman sekarang ni.. eh..eh.. bukan zaman sekarang.. tapi since dulu lagi masa aku anak dare.. dah banyak produk2 kecantikan tumbuh macam cendawan.. zaman sekarang ni lebih kepada produk berbentuk macam Vit C, Collagen etc.. Sapa yang tak nak cantik kan? semua pompuan nak cantik.. semua

Khairat kematian

Assalamualaikum.. Haii.. mcm2 cara diorg nak block post n3 kat blogspot.. sib baik lunch hour boleh post.. lagi korang block lagilah aku cuba cari jalan lain.. eleh nak post blog korang sekat.. berapa keraplah kami nak post n3.. nak komen langsung tak boleh.. tapi kalau korang online fb sepanjang masa boleh pulaks.. manyak cantik.. ingat aku tak tau ke? Malas aku nak gado2 ngan org yg terlalu ikut protokol.. protokol lah sangat khannnn.. Actually aku nak share info berkaitan khairat kematian.. tapi hat yg berkaitan ngan aku jelah.. sbg rujukan aku mahupun keluarga aku sendiri.. sekurang2nya mereka tau adanya khairat kematian if anything happen to me. ASB 1. Bayaran tunai serta merta sebanyak RM200 sekiranya simati telah mendaftar dalam salah satu unit amanah ASNB dan 2. Bayaran tambahan sebanyak RM800 akan dibayar dengan cek melalui pos sekiranya si mati memenuhi syarat-syarat berikut :       (i) Mempunyai baki nilai pelaburan diantara RM5,000.00 sehingga RM9,999.99 di dal

Kisah IC hilang..

Assalamualaikum.. Isnin baru2 ni.. aku kan gi keje seperti biasa.. nak dapat cuti free mintak mahaplah yer.. Tiba2 petang tu ntah macam mana.. aku pi check wallet.. tiba2 aku nampak kosong!! apa yg kosong?? ruangan tempat aku simpan ic tu kosong.. ic aku takde!! cepat2 aku check casing hp.. tapi.. ic aku takde!! selongkar habis satu beg.. ic aku takde!! call mak aku kat kampung suh check kat rumah kot2 tertinggal kat situ.. ic aku takde!! call en hubby kot2 dia terjumpa dan simpankan utk aku... ic aku takde!! aku dah risau.. hati dah tak tenang.. Balik rumah terus pergi kat kereta.. geledah satu kereta.. ic aku takde!! mano poie eh ni??? Nak buat keje apa pun tak boleh bila hati dah tak tenang.. asyik dok terfikir mana aku letak ic tu.. Flashback.. Aku keluarkan ic masa nak pi ngundi.. aku cuma bawak hp dan selitkan ic aku kat casing hp.. confident beb!.. habis ngundi.. jumpa sedara kat perkarangan tempat mengundi.. borak2 kejap.. pastu masa mak aku borak2 ngan orang2 kampu

Aku pilih mengUNDI.. PRU-13

Image
Assalamualaikum... Memang monday blues sungguh lah haii.. apa pun tak boleh.. huhuhuhuh.. ingatkan coti hari ni.. PRU-13 dah selamat dilaksanakan semalam.. keputusan pun dah tau kan.. tahniah kepada semua pemenang.. dan yg kurang bernasib baik especially kepada yang hilang deposit kena redha dan kuatkan semangat.. kalah menang adalah adat bertanding..   keputusan kerusi Parlimen.. pic credit to http://www.myundi.com.my   Dan semalam juga adalah hari bersejarah dalam hidup aku sebagai rakyat Malaysia.. buat pertama kalinya aku pilih untuk turun mengUNDI.. dan InsyaAllah.. jika dipanjangkan umur.. aku akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, negara berdemokrasi..   suasana PRU-13 di Nilai dan Mantin.. Aku dan mak aku turun mengundi sebelah petang.. sebab aku tau.. pagi2 confirm ramai orang.. alhamdulillah.. memang seperti yang dijangka.. memang tak ramai pun.. dan suasana sungguh aman.. taknak serabut2 ni.. dan proses aku mengundi pun tak lama..